APE TAKRIF ANDA PASAL KUAT

Bismillah..

be strong here we go.


apa takrif anda pasal kuat.

perbincangan dibuka:


"kuat bile aku dapat buat bende orang lain tak dapat buat." hasniza mulai 

"kuat bile kau mampu tahan lecturer membebel berjam2 cakap pasal paper fail kau."
 yang laen tersenyum mengangguk.

"lagi kuat kalau kau mampu kalahkan badang dalam gusti tangan." 
hahah. terdengar ketawe kecil beberapa orang. badang memang seorang yang kuat dan besar dalam batch kami.

"kuat bile kau mampu tahan perut kau selama seminggu dengan hanya due ringgit kat tangan"  
kali ini mampu membuat ramai tersenyum.

masing2 memberi pendapat masing2. 

tak kurang juga ade yang mengatakan "kuat bile aku mampu bangun solat qiamulail tiap malam"

nmpaknya tajuk hari tu dapat membuka minda semua orang. akhir perbualan masing2 tersenyum.

"eh kau dengar kiteorang je? ape takrif kau pasal kuat?"

aku senyum. 

kuat? bagi aku bile kau tau ALLAH sentiasa ada di sisi kau.


Comments