bukan salah mereka, tapi mungkin dari kita

Bissmillah

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad



bukan semua apa yang kau nak kau akan dapat. Saat kau nak menjadi lebih baik akan ada banyak halangan yang datang. Yang dulu kononnya kau rasa senang dan 'YA AKU MAMPU BUAT' kini kau dah rasa makin susah. Masakan kita akan rasa manis tanpa ujian. Sedangkan momen jatuh bangun ini yang akan menjadi ingatan. 

kadang kadang aku terfikir, adakah mentaliti?
dulu masa kecik kecik, ada juga pilihan yang kita perlu buat,

ada jugak kesusahan yang kita hadapi, gaduh dengan kawan, exam susah.

secara zahirnya bukan kah sama saja dasar masaalahnya sekarang dan dulu? 
kerja banyak, duit x cukup, masaalah team mate.

tapi kenapa makin tua, masaalah masaalah itu seakan berat dan menjadi bebanan.
aku merasa, ia adalah kerana kita. Makin meningkat usia bukan sahaja kita menjadi matang kononnya, malah berfikir lebih berbanding kita yang dulu.

mungkin kita boleh mula dengan benda asas, kurang merungut. 
Kerja banyak. Jangan merungut, buat.
Team mate x buat kerja, Jangan menumpat, slow talk.
Duit takde, jangan mengeluh. Kawal perbelanjaan.
Rasa tak mahir dalam certain topik, belajar.

Hidp rasa susah, hati tak tenang, masaalah dengan orang sekeliling, senang stress, susah nak terima nasihat? semua sekali?
mungkin kita dah boleh mula dengan perbaiki solat kita, dan hubungan dengan ibu ayah kita. 

-bila seseorang itu betulkan solatnya, sebenarnya dia juga sedang perbaiki kehidpannya-

ya kau. kau yang sedang baca ni. kau boleh buat. mari bersama aku.
Ingat dulu masa kau buat keputusan nak pilih jalan ni. mana kenangan manis yang kau bayangkan? mana semangat itu dulu?

:) mari bersama

Comments