CERMINAN atau LAWAN

Bismillah

Allahummah solli ala syyidina muhammad


Bukankah selepas mendung akan hadirnya mentari?
Bersabarlah, masa perlahan lahan akan tiba dan kau akan berjaya melaluinya.

Ramai mengikut jalan itu tidak bermakna mereka betul.
Kau ada logik akal untuk tahu itu.
Tahanlah hatimu, tangan, mata dan kakimu.
Kuatkan hati, Iman dan prinsipmu.

Jalan ini tidak mudah.

Namun jangan kau merendah rendahkan mereka.
Namun jangan kau mencaci mereka
dan jangan kau merendahkan mereka yang salah di mata kau.

Bukankah tindakan terbaik adalah seharusnya kamu menjadi cerminan yang baik untuk mereka?
Tunjukkan sifat yang baik. Buktikan pada mereka kamu betul.
Buktikan hasilnya.
Buktikan kamulah dijalan yang betul.

Jalan ini tidak mudah.

Namun jika dibanding dulu,
Kini kamu diletakkan di situasi seperti ini.
Apa respon mu? Sedangkan kau tau impaknya.
Percaya pada janji Allah.

Impian dan cita cita kau besar.
Kurangkan kata kata.
Doakan mereka dan jadilah cerminan.

Ulasan