Pilihan dan Takdir yang Menemukan

 Bissmillah


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad


Perjalanan ini panjang.
Aku sering tertanya apa yang akan berlaku di akhir ceritaku. Adakah aku akan lebih baik dari aku harini.

Sepanjang menjalani kehidupan, kita sentiasa perlu membuat pilihan.
Sedangkan kita tak tahu hasil akhirnya bagaimana. Kita perlu memilih.
Jika kini, penilaian pilihanku mula dengan logik dan akhirnya akan kutanya kepada hati. 

"Mana yang lebih kau menyesal jika kau tak pilih. A atau B?"  

Di sepanjang perjalanan hidup, pasti sahaja ada pilihan yang aku rasa silap dan sehingga kini menunggu apa hikmahnya. Sehingga kini. Tapi aku yakin itu yang terbaik untukku.
Namun ada juga pilihan yang aku sangka aku akan menyesal, namun perancangan Allah yang terbaik. 
Dengan siapa yang aku terjumpa di sepanjang perjalanan aku adalah antara perkara yang aku syukuri.

Pasti sahaja tak semua yang kau jumpa adalah memberi pengalaman manis. 
Cuba imbau sekarang. haha. Pasti terbayang sorang dua kenalan yang memberi kau pengalaman pahit. Malah mungkin terfikir untuk ungkap "Lebih baik kalau aku tak jumpa kau dari awal, lagi bagus"

Tapi.
dia yang kau benci itu yang mengajar kau erti kehidupan.
mungkin dia yang buat kau lebih kuat, lebih pandai menyuarakan pendapat.
atau dia yang membentuk 
sebahagian kau harini. 

Perasaan itu. kau bawa sekali. dan itulah kau harini.
aku bersyukur dengan orang orang yang pernah lalu dalam hidup aku.

Yang paling aku suka tentang hikmah disebalik setiap pertemuan aku dengan seseorang adalah hikmah yang Allah hantarkan melalui dia untuk mengajar aku sesuatu, untuk memeberiku pnegajaran dalam kedidupan. Kerana tak smua benda boleh kau belajar melalui cerita. adakalanya kau perlu mengalaminya. Setiap oang mengajar sesuatu.

Pasti sedih jika dulu rapat, tiba tiba hubungannya hilang. Jika kau sedang merasainya sekarang. 
Itu petanda untuk kau menghubunginya. Mengapa tunggu perasaan yang tertanya tanya. Kenapa tidak bertindak dan dapatkan jawapannya sekarang.

Jika kini kau sedang baca blog ni dan kau rasa rindu untuk bercakap dengan aku.
hubungilah aku. Aku pasti aku rindukan kau juga.

- Insan yang pernah lalu dalam hidupmu -

Ulasan