Bissmillah
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
2022 dimulai dengan baik, Planner aku dah sampai. Kita tengok sejauh mana bertahan dengan planner ni. Kalau masih tak boleh consisten. Hahah. aku dah buat keputusan ni tahun terakhir beli planner. Aku suka planner. Aku memang jenisnyaa suka buat TODOLIST, so planner perfect ah unutk aku ~ CEHHHHH.
Murah tau! bewarna lak. aku rembat ah. Ni tahun kedua aku beli. Tapi tahun lepas punya buat 20% je. HAHAHAHAHAH membazir je.
So geng, Just a short summary of 2021.
Hectic. Covid, Banjir, aku sudah lengkap booster (bakal amik penggalak kedua jika kerajaan sarankan - lepastu leh jadi mutan. wahahaha). Sudah lengkapkan FYP. Sudah bergraduasi.
Berjaya dapat kerja kat Infineon. 2 month awal kerja sangat perit. Tapi colleague dan supervisor sangat supportive.
1 benda aku belajar di akhir tahun 2021, yang aku selalu amik ringan.
VALUE YOURSELF.
Aku kena sentiasa ingatkan diri aku terutamanya saat aku down bahawa aku dah buat terbaik. Dont push yourself too hard. You have done great. Good job dearself.
Jangan sesalkan apa yang dah berlaku, Jngan risaukan perkara yang belum berlaku, tapi hargai dan buatlah terbaik di momen sekarang.
Bak kata budak tiktok " Nak takut apa? Mati, tanam! " - hahahha nice en. Sebab aku risau mcm mana kalau macam ni macam tu, sampai stress (Overthinking), hadap jelah kan patutnya haha. Tapi dik =,= aku lum cukup amal nak mati.
Banyak gilaa azam 2022. Aku sebenarnya sekarang ni dah start overthinking ni hahahah.
Aku cuti 3 hari tahun baru. Tiga- tiga hari x bukak laptop buat kerja. ahahahh Seram. Nani aku cerita kenapa seram.
Jadi bagi penutup post, Aku nak puasa media social sebulan ni. Doakan aku.
Selamat tinggal 2021, Selamat datang 2022
Ulasan