Bissmillah
Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad
Dulu masa sekolah menengah. Aku sentiasa berfikir, ya aku layan semua orang sama dan jujurnya itu yang aku cuba lakukan dan aku takda masaalah dengan kenyataan itu.
Kalau aku ade cerita yang aku share dengan sorang, aku boleh cerita dengan orang lain. Kalau aku kata aku x boleh, siapa pon dia aku akan kata x boleh. Kalau aku boleh buat bantuan tu pada seorang, aku akan x teragak untuk buat pada orang lain.
Tapi, menginjak dewasa aku sedar benda tu tak pratikal.
Aku x boleh layan semua orang sama. Aku layan die berdasarkan layanan dan sifat dia, umur dia dan personaliti dia. Aku x boleh nak lansum je.
Lalu aku sedar, kita bukan perlu beri kesamaan, kita perlu nilai dari aspek keadilan. Adil kah kita?
Adakah kita seorang yang peka dalam keadaan orang lain?
Adalah lebih elok untuk kita menghormati semua orang. berbuat baik dan sentiasa bertanggapan baik.
Jangan nilai seseorang hanya dari mata kasar kita.
Kerana mungkin cermin mata kita yang kabur.
Sedangkan hanya dia yang berada di dalam kasut dia.
Siapa kita untuk jatuhkan hukuman?
Jangan cakap kalau takda benda baik untuk cakap.
Ulasan