Bismillah
Allahumaa Solli 'ala Muhammad
Tahun 2022.
2020 adalah tahun startnya penyebaran virus Covid 19 dari China. Aku ingat sebab bulan march 2020 tu aku dan INVEBOT baru balik dari Taiwan. Jadi semenjak 2020, rakyat Malaysia memang tak berpeluang sambut perayaan kunjung mengunjung. Tahun ni tak pasti.
Mask dan sanitize dah jadi normal. Dulu tengok kat Korea/Jepun je. Sekarang kalau kau keluar tak pakai, kau rasa pelik. Dan aku rasa benda ni akan kekal walau pandemik hilang.
Kesan besar pandemik pada aku ialah - Ketagihan telefon.
Weh tak tipu. Aku takda self control.
Dulu aku cakap dengan diri sendiri, aku bukan lahir zaman generasi Z iaitu generasi yang membesar dengan Handphone. Aku umur 12 tahun baru bapak aku buatkan akaun FaceBook pertama aku, dan telefon motorola masatu aku kongsi dengan adik aku. Aku konfiden gila, aku takkan terjebak dengan ketagihan telefon.
Start Pandemik COVID 19, aku boleh kata semua berubah. Diri aku yang dulu hilang. Mata kita lebih fokus pada telefon. Aku sebelum paandemik sangat suka aktiviti sosial. Jadi bila aktif kelab semua memang tak lah aku tengok hp lama-lama. Masa pandemik, kelas pon online jadi ada apa yang tinggal? Handphone dan teknologi kan?
Kau tahu game PLATO? Aku ada suka dua game dalam tu. Kalau main memang ketagih. Aku boleh main sampai tak tido tau. Tu PLATO je tuh. Nasib baik aku tak terjebak dengan ML ke semua tu.
Apa masaalah dengan main handphone ni? Ade orang tanya.
" Rileklah, bukan semua benda buruk pasal main handphone ni. Boleh baca berita terkini. Semua dihujung jari"
Handphone itu takda masalah, yang masalahnya aku.
Aku jadi susah nak bersosial. Aku rasa duduk rumah main handphone lagi bagus. Scroll Instagram berjam jam. Semua benda aku rasa malas. Masa lapang, aku main handphone. Handphone tak boleh renggang langsung! Aku berani cakap aku ketagih.
Kalau kau, kau sekarang yang baca ni rasa sama macam aku. Kita kene berubah.
Banyak lagi aktiviti kat luar sana yang kita boleh buat.
Tak semua benda kita kene post. Kena tunjuk.
Aku paling terkesan bila aku duduk rumah, tapi kebanyakkan masa aku main handphone. Aku boleh je isi masa main handpone aku tu dengan benda lagi faedah. Belajar menjahit ke, baca buku ke buat projek ke. luang masa dengan family ke. Yang penting interaksi dengan dunia sebenar.
Aku tak boleh macam ni. Aku kene berubah.
Aku betul betul nak berubah.
Wahh aku dah kritikal tau. Aku tak tipu.
Aku nak kawal sebelum aku dah x boleh nak kawal.
"The power of ruling consist in the exercise of self -control"
Kau mesti terfikir kan, kenapa aku nak start blog balik?
Ini sebabnya, aku nak mula dengan stop Instagram sebulan dan gantikan time screen sku dengan menulis blog. Menulis blog memerlukan aku menulis dan mengarang. Itu adalah lebih baik daripada bermain IG berjam jam. Apa pon tak dapat. Kerja pon tak jalan.
Doakan aku plis. Aku lebih berazam untuk berhenti ketagihan telefon ni berbanding azam aku nak kurus. haahahhahaa.
Ini sebabnya, aku nak mula dengan stop Instagram sebulan dan gantikan time screen sku dengan menulis blog. Menulis blog memerlukan aku menulis dan mengarang. Itu adalah lebih baik daripada bermain IG berjam jam. Apa pon tak dapat. Kerja pon tak jalan.
Doakan aku plis. Aku lebih berazam untuk berhenti ketagihan telefon ni berbanding azam aku nak kurus. haahahhahaa.
Ulasan