Bismillah
Allahumma solli 'ala Muhammad
Kau juga manusia.
Emosi kau terganggu. Kau tersentuh, kau kecewa, kau hilang motivasi.
Normal untuk rasa sedih dari masa ke semasa tanpa sebab.
Normal untuk rasa tak yakin dan hilang arah.
Kau nangis, kau sedih. Kau bangkit. Kau cari jalan pulang.
Kau juga manusia.
Tak mengapa kalau tak punya semua.
Tak mengapa kalau kau kau tak dapat semua.
Tak mengapa kalau kau hilang arah apabila rancangan berubah.
Kau belajar kau hanya seorang perancang.
Kau juga manusia.
Kau tak cantik setiap masa.
Kau tak gembira setiap masa.
Kau tak produktif setiap masa.
Kau manusia normal, tak perlu jadi sempurna.
Kau semestisnya bukan manusia sempurna.
Perlu tahu segala benda, perlu yakin setiap masa.
Ada masa kau tidak bersedia apa yang bakal menimpa.
Ada masa kau rasa curiga dan tak selesa.
Ada masa kau tak tahu satu benda
Ada masa tanpa kau duga, ada yang tak suka
Tapi tak mengapa. kerana kau seorang manusia.
Ulasan